PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,
lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat
pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang
disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan
pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi
dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang
kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu
berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan
banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu
menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong,dengki,berdusta dan
suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI Perkara yang boleh menyebabkan
datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah di waktu malam selepas tidur),
banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh),
bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan
rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang,
malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa
makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan
fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan
kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal
makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan
yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin
dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk
memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf:179)
Isnin, 18 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan